SOALAN LAZIM

Senarai Soalan Lazim Berkaitan Sijil Digital

1. Bagaimana saya boleh mendapatkan Sijil Digital?

Sijil Digital boleh dibeli daripada Certificate Authorities (CA) iaitu POS Digicert Sdn. Bhd., MSC Trustgate.com Sdn. Bhd. dan TM Applied Business Sdn. Bhd. Maklumat lanjut boleh dirujuk di pautan ini.

2. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan Sijil Digital?

Bagi medium Soft Certificate dan Roaming boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam dan medium token dalam tempoh 5 hari waktu bekerja bergantung kepada kelulusan dari Certificate Authorities (CA) iaitu POS Digicert Sdn. Bhd., MSC Trustgate.com Sdn. Bhd. dan TM Applied Business Sdn. Bhd.

3. Bagaimana cara untuk saya melakukan back-up untuk Soft Certificate?

Pemohon boleh muat turun soft certificate yang dibekalkan oleh Certificate Authorities (CA) iaitu POS Digicert Sdn. Bhd., MSC Trustgate.com Sdn. Bhd. dan TM Applied Business Sdn. Bhd.

4. Berapakah kos yang dikenakan untuk mendapatkan Soft Certificate?

Kos berbeza mengikut Certificate Authorities (CA) dan medium Sijil Digital. Maklumat lanjut boleh dirujuk di pautan ini.

5. Bagaimana jika saya terlupa nombor pin Sijil Digital?

Pengguna boleh menghubungi talian syarikat pembekal:

Pos Digicert: 03-8800 8008 / Emel : customercare@digicert.com.my

TRUSTGATE: 03-8318 1800 / Emel: mpki-support@msctrustgate.com

TM: 03-8318 1709.

Senarai Soalan Lazim MyCukai

1. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi Ejen Cukai?

Baca pautan garis Panduan Permohonan Ejen Cukai LHDNM.

2. Apakah senarai badan professional yang telah diiktiraf untuk menjadi Ejen Cukai?

Baca pautan garis Panduan Permohonan Ejen Cukai LHDNM.

3. Berapa tempoh Lesen untuk Ejen Cukai?

Baca pautan garis Panduan Permohonan Ejen Cukai LHDNM.

4. Berapakah mata CPD/CPE yang diperlukan untuk menjadi Ejen Cukai?

Baca pautan garis Panduan Permohonan Ejen Cukai LHDNM.

Senarai Soalan Lazim Berkaitan Data dan Fail

1. Berapakah saiz fail maksimum untuk muatnaik fail?

Permohonan Ejen Cukai : 2MB.

Permohonan Pengecualian Cukai: 4MB.

2. Apakah format fail yang dibenarkan untuk dimuatnaik?

Permohonan Ejen Cukai: *.pdf (dokumen), *.jpeg,*.png atau *.tif (gambar pasport).

Permohonan Pengecualian Cukai: semua format.

Insentif Membeli/Mengimport Kereta Di Bawah Program Malaysia My Second Home (MM2H)

1. Berapakah had harga maksimum kereta yang boleh dibeli di bawah insentif ini?

Had maksimum RM150,000 bagi visa bermula pada tahun 2017 dan tiada had maksimum bagi visa yang bermula pada tahun sebelum 2017.

2. Berapakah had bilangan maksima kenderaan yang boleh dibeli di bawah permohonan ini?

Sebuah kenderaan sahaja seumur hidup.

3. Bolehkah kereta yang telah diluluskan pengecualian duti/cukai dijual/ditukar hak milik?

Boleh, tetapi peserta perlu melakukan permohonan pindah milik di dalam sistem MyCukai terlebih dahulu.

Senarai Soalan Lazim Umum

1. Apa harus saya lakukan jika saya ada masalah berkaitan polisi/dasar?

Emel ke mycukai_support@treasury.gov.my atau hubungi talian 03-88824081.

2. Apa harus saya lakukan jika saya terlupa kata laluan sistem?

Emel ke mycukai_support@treasury.gov.my atau hubungi talian 03-88824081.

3. Bolehkan pengguna yang sedia ada di SEC dan SMPC menggunakan id e-filing?

Tidak boleh.